Wahai diri,
Kadang-kadang, hidup ini memang sangat menguji. Kau takkan sangka bagai mana orang lain boleh menghancurkan hati kau. Kau takkan dapat agak betapa orang sekeliling kita ini boleh membuat kita kecewa. Tapi ada masa, kita perlu berhenti salah kan orang lain. Tak semua yang kit anampak itu tepat, kadang kadang, bila hati dah marah, apa sahaja yang dia buat, kita nampak salah. Kita dikaburi dengan perasaan kita sehingga apa sahaja yang dia buat, kita nampak semuanya tak betul.
Kau perlu percaya pada takdir. Kau perlu yakin bahawa tanpa izin Allah, semua ni tak jadi. JAngan pula kau nak salahkan tuhan, kerana tuhan memang tak pernah salah!, percayalah. Tuhan itu maha mengetahui dan kita hanya perlu yakin dan percaya bahawa apa yang ditentukan Allah itu semua nya adalah untuk kebaikan hambanya. Sesungguhnya Allah itu kan sifat nya Maha Pengasih dan Maha penyayang?
Jadi, berhentilah menuding jari kerana boleh jadi dia tak sengaja dan dia bukan seperti apa yang kita sangka.